SABDAAN RASULULLAH S.A.W.

SABDAAN RASULULLAH S.A.W.
"Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas. Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat Bukhari & Abu Naim)

Sunday, 16 February 2014




Seorang Guru yang telah mengalami Tonsil tahap 4 dan perlu menjalani pembedahan segera
Alhamduillah setelah berbekam dan mengamalkan P3........ hari yang Ke 6 telah disahkan sembuh oleh Doktor Pakar Hospital Muar. Puluhan kali terima kasih di ucapkan kepada kami dan ucapan balas dari kami Alhamduillah ..... kesembuhan hanya dari Allah.

Inilah wajah ceria setelah mendapat keputusan dari Doctor Pakar Hospital Muar dan tidak perlu menjalani pembedahan.



Thursday, 13 February 2014

Perihal DARAH - Adakah hanya doktor sahaja yg perlu tahu?
DARAH - APAKAH HANYA DOKTOR SAHAJA YANG PERLU TAHU?

Perkataan ‘darah’ telah disebut sebanyak 19 kali didalam AlQuran.

4 kali daripadanya dalam bentuk kalimah arab ‘dam’ yang menjurus kepada pengharaman mengambil darah sebagai pemakanan yang dirangkaikan bersama bangkai, daging babi dan binatang ternakan yang tidak disembelih mengikut syariah didalam ayat yang sama.

(AlBaqarah 173, AlMaidah 3, AlAn’aam 145 dan An-Nahl 115)

4 kali daripadanya pula dalam bentuk kalimah arab “alaq/alaqah” yang menjurus kepada segumpal darah beku yang menjadi asal kejadian manusia.

(Al-Hajj 5, AlMu’minun 13, Ghafir 67 dan Al-Alaq 2)

Selainnya dijuruskan kepada pelbagai maksud darah seperti pertumpahan darah, pertalian darah dan sebagainya.

Cuba kita renungkan bersama, diantara kedua keadaan yang disebutkan tadi dan kaitan nya dengan amalan BERBEKAM yang dicontohi Rasulullah.

Darah beku yang disebutkan sebagai asal kejadian manusia ialah darah yang asalnya suci terbentuk dalam proses penyemaian benih didalam rahim wanita yang hamil.

Darah yang diharamkan untuk memakannya ialah darah yang sudah bercampur dengan pelbagai sisa-sisa metabolisma termasuk toksin, asid urik, patogen dan sebagainya yang dipam keluar oleh jantung dari pelbagai tisu dan organ manusia untuk disingkirkan daripada tubuh.

Sisa-sisa yang diangkut oleh darah akan akhirnya sampai ke usus kecil dimana proses penyerapan nutrisi daripada makanan dan minuman yang kita ambil berlaku, sisa selainnya akan memasuki usus besar sebelum dikeluarkan sebagai najis melalui dubur.

Namun, perlulah kita ingat bahawa darah akan melalui pelbagai organ yang lain sebelum sampai ke usus kecil dimana sisa-sisa yang bahaya boleh terpaut kedalam organ-organ tersebut yang akan menyebabkan pelbagai penyakit atau kondisi yang menyakitkan bahagian-bahagian tubuh.

Maka dengan itu, cara yang dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya pautan sisa pada organ ialah dengan mengeluarkannya dengan BERBEKAM supaya yang akhirnya sampai ke usus kecil ialah nutrisi yang akan diserapkan kedalam tubuh. Darah yang tidak dibebani dengan sisa-sisa bahaya ini juga akan mengurangkan beban kerja organ-organ penting khususnya hati, ginjal dan limpa yang sekaligus memastikan kesihatan pada tubuh kita.

Wallahu Ta’ala A’lam.

Alhamduillah keluarga ini dari Indonesia ( Bengkalis ) datang ke kedai kami untuk berbekam dan mendapatkan rawatan pembetulan tulang pinggul untuk anaknya yang sulung kerana mengalami sakit pinggang dan sakit kepala yang teruk (sehingga menganggu tidurnya hampir setiap malam dan juga persekolahannya) akibat dari kemalangan jatuh motor beberapa tahun yang lalu. Anaknya baru berusia 12  tahun.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk anak perempuannya ini termasuk berjumpa dengan doctor2 pakar dan Tabib Cina di indonesia (6 tempat) dan terakhir telah membuat temujanji dengan Hospital Pantai Batu Pahat untuk melakukan scan kelapa, dan hasilnya tiada perubahan apa2.

Setelah menjalani beberapa kali sahaja rawatan Terapi Yumeiho (pembetulan tulang pinggul) di tempat Kami, Alhamduillah kegembiraan tergambar diwajah anak dan jugak ibubapanya kerana telah menampakkan perubahan yang besar dengan kesihatan anaknya



   



Tuesday, 11 February 2014





Berada di Ibu pejabat JKR Malaysia, tingkat 10, Manara Tun Ismail Mohamad Ali, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur untuk berbekam beberapa orang Staf termasuk Penolong Pengarah Arkitek -  Tuan Syed Khairuddin.

Untuk makluman Kami juga sering menerima tempahan antara KL - Melaka - JB 

Penjelasan dalam hadis riwayat Ibnu Majah dari Katjir bin Salim, Rasulullah bercerita, “Selama aku berjalan pada malam isra-mikraj bersama para malaikat, mereka selalu berkata "Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam." Sesaat setelah isra-mikraj, Rasulullah juga menyatakan, sebagaimana diriwayatkan Abdullah ibnu Mas'ud, bahwa ia tidak melewati sejumlah malaikat melainkan mereka semua menyuruh beliau dengan mengatakan, “Perintahkanlah umatmu untuk berbekam.” Bahkan dengan tegas, Nabi Muhammad menyatakan, “Kesembuhan (obat) itu ada pada tiga hal; dengan minum madu, hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan aku melarang umatku dengan besi panas.” (HR Bukhari).



Monday, 10 February 2014


Ulama' tersohor di Muar Tuan Guru Hj Ahmad Tunggal berbekam di tempat kami sempena tarikh Sunnah yang lepas. Alhamduillah, semuga Allah SWT memberi kesembuhan atas niat kita menghidupkan Amalan Sunnah ini diakhir zaman, Amin


Temujanji

Temujanji
Hubungi Kami Untuk Pemeriksaan Kesihatan Anda! Percuma!

Bilik Sauna dan Urut Saraf

Bilik Sauna dan Urut Saraf
Bersauna dan urut untuk Kelegaan dan Kesihatan .... In shaa Allah

Bilik Rawatan

Bilik Rawatan